Langkah demi langkah video panduan pasang blog wordpress

Saya yakin anda pernah mendengar atau terbaca tentang usahawan internet menjana pendapatan puluhan ribu setiap bulan hanya dengan sebuah blog. Anda juga tahu apa itu blog malah mungkin mempunyai blog sendiri tetapi menggunakan hosting percuma kerana tak tahu pasang blog berbayar seperti wordpress. Blog percuma pun boleh mendatangkan hasil yang lumayan cuma tidak pasti sehingga bila sebab mungkin penyedia hosting percuma sudah menyenaraikan blog anda dalam senarai dihapuskan. Malangnya jika selama ini blog anda menjana ribuan ringgit sebulan, tengok besok pagi, tertulis pula blog not found. Login ke admin, tertulis kenyataan blog dihapuskan kerana melanggar terma penyedia blog percuma.. Hendak merayu pun sudah tak bererti sudah, hendak menyesalpun sudah tak guna…

Penyelesaiannya bina blog berbayar. Dengan blog berbayar, anda boleh buat apa sahaja dengan blog anda. Nak edit themes pun terpulang, mengikut keupayaan anda. Bukan setakat boleh edit themes, anda juga mempunyai banyak tool untuk mencantikkan blog anda..blog ni saja yang tak cantik…

Elahhh.. blog berbayar pun akan dihapuskan juga… Ya jika tak bayar yuran tahunan. Jika blog anda menjana pendapatan ribuan ringgit dalam setahun, bagaimana tak mampu bayar domain dan hosting yang hanya cuma dalam RM100 ? Sekarang sudah tahu jalan penyelesaian mengatasi blog not found tapi bingung macam mana nat setup blog yang guna skrip wordpress. Sebenarnya di luar sana, ada banyak panduan bina blog wordpress. Panduan dalam bahasa Malaysia ada, bahasa Inggeris pun ada. Tidak suka panduan dalam bentuk ebook, panduan dalam bentuk video ada. Walau bagaimanapun panduan dalam bentuk video kebanyakannya dalam versi Bahasa Inggeris. Taklah susah ikut walaupun tak reti bahasa Inggeris macam saya sebab ia dalam bentuk video. Sambil menonton, sambil buat, akhirnya blog berbayar siap.

Jika anda lebih rasa santai menonton sambil pasang blog, saya cadangkan anda muat turun video langkah demi langkab bina blog wordpress tapi dalam bahasa Inggeris sebab yang buat pun orang Inggeris. Video ini saya kira lengkap kerana ada 30 video kesemuanya.. untuk melihat senarai video pembelajaran anda  boleh tengok di WordPress  Mastery Video.. Jika video ini kurang lengkap, pilihan lain adalah Langkan Demi Langkah WordPress Video Tutorial..

Sekian untuk kali ini, terima kasih kerana membaca..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.