Kesilapan biasa yang dilakukan oleh agen affiliate

Salam sejahtera kepada semua agen affiliate. Saya juga adalah agen affiliate kepada beberapa produk tertentu. Sebagai agen affiliate sudah tentu pernah melakukan beberapa kesilapan sehinggakan tidak mendapat hasil daripada apa-apa daripada affiliate yang disertai. Suatu ketika dahulu saya hampir-hampir putus asa apabila tidak mendapat apa-apa daripada affiliate yang saya sertai. Orang cakap habuk pun tak ada.

Untuk mengatasi semua itu, sudah semestinya ada usaha mencari punca kegagalan dalam affiliate. Kalau tidak ada idea, boleh cari saja diinternet. Hasil daripada carian saya dan juga kaji selidik sendiri, ada beberapa kesilapan yang saya kenal pasti untuk dikongsikan kepada anda semua.

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh agen affiliate termesuk juga diri saya sendiri ;

1. Pasaran Produk
Secara jujurnya bukan semua produk yang dijual diinternet tu mempunyai pasaran yang baik. Pendek kata tidak ramai yang mahu membeli kerana kurang sesuai atau tidak ada kegunaan. Jadi kalau kurang pembeli, sudah tentu jualanpun kurang..hehee. Agen affiliate ramai tetapi pembeli beberapa ketul je. Jadi tidak perlulah join affiliate yang kurang berpotensi dipasaran.

2. Agen affiliate tidur lena
Sebagai agen affiliate yang betul-betul mahu menjana pendapatan melalui affiliate perlu bekerja keras memasarkan produk. Kita kena bersaing dengan agen affiliate yang lain untuk memasarkan produk. Meletakkan banner di blog kemudian tinggalkan tidak banyak membantu untuk mendapatkan jualan. Tiada jualan maka tiada komisyen.

3. Kurang tumpuan
Ada agen affiliate berpendapat menyertai program affiliate yang terlalu banyak akan menganggu fokus untuk mempromosi link affiliate. Mengikut otai ini namanya tamak.

4. Tidak menghargai link affiliate
Ini otai affiliate punya idea juga. Link affiliate sangat berniai tapi kalau tidak dilindungi maka link affiliate korang tiada makna. Menurut mereka link affiliate boleh di hack dan apabila dihack agen affiliate tidak akan mendapat komesyen yang sepatutnya. Yang ni saya belum buat kajian mendalam lagi tapi kalau ada orang bercakap sudah tentu ada kebenarannya.

Jadi lindungilah link affiliate anda supaya dapat komesyen yang sepatutnya bagi setiap jualan melalui link affiliate korang. Ini kerja mudah kerana ada banyak tools sama ada percuma atau berbayar. Kalau korang agen affiliate kitblogger Smartzul, anda akan dapat tools promosi di laman webnya. Itupun ia cuma boleh digunakan jika korang ada domain berbayar.

5. Tidak menggunakan produk yang dipromosikan
Saya ingat kesilapan ini semua orang pernah lalui termasuk diri saya sendiri. Yang ini saya tiada komen. apapun saya ambil pendirian mudah, bukan semua produk yang dijual di Giant itu pernah digunakan atau diamal oleh pengusaha Giant. Apa pendapat korang ? Memadailah kita cuba mengetahui sedikit sebanyak produk itu melalui review pengguna lain. Sekurang-kurangnya kalau ada orang tanya kita boleh jawab walaupun bukan 100% tepat.

Ini sahaja yang mampu saya kongsikan. Semoga catatan ini sedikit sebanyak ada membantu anda walaupun bukan 100% . Pesanan daripada saya, kesilapan kedua perlu diambil perhatian. Jika korang mahu penjelasan yang lebih lanjut soal ini saya syorkan anda pergi ke web dinberamboi usahawan internet.

error: Content is protected !!
Scroll to Top