Kelebihan Trafficwave

Autoresponder merupakan mesin yang paling penting bagi seorang usahawan internet berjaya. Tanpa autoresponder, perniagaan internet adalah tempang. Apabila anda membeli tiket penerbangan di Malaysia tak kira MAS atau Air Asia, anda akan mendapat email berkala daripada mereka untuk mempromosikan pakej tambang murah mereka ke serata dunia. Itulah namanya sistem autoresponder yang berjalan secara automatik tidak kira waktu dan masa.

Terdapat banyak perkhidmatan autoresponder yang disediakan sama ada yang berbayar mahupun yang percuma. Ini membolehkan pengguna mempunyai banyak peluang untuk memilih autoresponder yang berbaloi untuk perniagaan sendiri mahupun syarikat. Antara autoresponder yang mendapat banyak sambutan dikalangan usahawan tempatan ialah Norabots, Trafficwave, Aweber dan Getresponse.

Secara amnya, kesemua autoresponder yang disebutkan ini mempunyai fungsi yang sama iaitu menghantar email secara berkala kepada subscriber mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun begitu, pengguna autoresponder mempunyai citarasa yang tersendiri menyebabkan pengguna autoresponder melanggan autoresponder daripada penyedia autoresponder yang berbeza. Ada yang mengatakan autoresponder A lebih bagus berbanding autoresponder B dan C. Ada pula yang berpendapat autoresponder B lebih bagus daripada autoresponder A dan C. Tidak kurang juga yang berpendapat yang mengatakan autoresponder C lebih bagus berbanding dengan autoresponder A dan B. Bagi saya setiap autoresponder itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Sebab itulah walaupun kebanyakan usahawan memilih Aweber dan Getresponse, saya pula memilih autoresponder Trafficwave. Saya memilih Trafficwave kerana ia mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian saya. Walau bagaimanapun saya tidak menyarankan kepada anda untuk memilih autoresponder Trafficwave kerana anda mempunyai kreteria tersendiri autoresponder yang sesuai untuk perniagaan anda. Ini hanyalah perkongsian bagi yang masih tercari-cari autoresponder untuk bisnes internet. Mari ketahui sebab saya memilih Trafficwave.

1. Yuran Murah
Setiap autoresponder berbayar akan dikenakan bayaran bulanan. Trafficwave juga tidak terkecuali daripada mengenakan yuran bulanan sebanyak USD17.95 sebulan. Yuran bulanan Trafficwave adalah tetap berbanding dengan autoresponder lain. Walau banyak manapun subscriber anda, yuran adalah tetap USD17.95 sebulan. Ia berbeza dengan autoresponder Aweber dan Getresponse yang akan menaikkan yuran bulanan apabila bilangan subscriber bertambah. Bagi yang mempunyai subscriber yang berkualiti, soal yuran bulanan bukanlah satu masalah besar tetapi akan mendatangkan masalah jika terkumpul subscriber yang tidak berkualiti.

2. Program Affiliate
Setiap perkhidmatan autoresponder menyediakan perkhidmatan affiliate bagi memberi peluang kepada usahawan internet untuk menjana pendapatan di internet. Kesemua perkhidmatan autoresponder ini memberikan komisyen berulang iaitu selagi orang yang melanggan autoresponder melanggan melalui link affiliate kita, selagi itulah kita akan mendapat komisyen. Trafficwave menawarkan struktur affiliate sehingga 10 level. Ini memberikan peluang kepada ahli menjana pendapatan pasif sehingga USD84K sebulan jika berjaya memenuhi setiap aras tersebut.

3. Percuma
Trafficwave merupakan autoresponder berbayar tetapi boleh digunakan secara percuma. Ini akan berlaku jika sekiranya anda berjaya memperkenalkan Trafficwave kepada tiga orang ahli baru melalui link affiliate anda. Ini bermakna komisyen yang anda terima boleh digunakan untuk membayar yuran bulanan. Saya sebenarnya menggunakan autoresponder Trafficwave secara percuma setelah berjaya mendapat tiga orang ahli baru melalui link saya malah mendapat komisyen daripada level yang seterusnya.

4. Mempunyai ciri-ciri penting autoresponder
Walaupun yuran bulanan autoresponder Trafficwave tidak berubah walaupun bilangan subscriber bertambah tetapi ciri-ciri penting autoresponder Trafficwave tidak diabaikan. Pengguna boleh broadcast subscriber, boleh tracking link, kempen autoresponder tanpa had dan banyak lagi. Bagi saya, autoresponder Trafficwave tiada cacatnya sebagai autoresponder pilihan kerana boleh mengumpul subscriber, boleh cloak link, boleh hantar mesej dan berfungsi sebagai autoresponder.

Empat perkara ini telah menyebabkan saya mengambil keputusan mendapatkan khidmat autoresponder Trafficwave. Mungkin bagi penggemar autoresponder lain, mereka boleh menyenaraikan 101 kelebihan autoresponder pilihan mereka. Apapun kelebihan dan kekurangan autoresponder yang dipilih, perkara yang paling penting ialah bagaimana kita memanfaatkan autoresponder itu tetapi bagi usahawan internet sudah pasti mereka tahu tujuan melanggan khidmat autoresponder.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *