Jaringan sosial baru google buzz

Saya baru tahu rupanya google sudah melancarkan jaringan sosial barunya. Jaringan sosial ini dikenali sebagai Google Buzz. Jaringan sosial Google Buzz lebih menyerupai twitter dan facebook. Saya belum meneroka jaringan Google Buzz ni tapi rasanya tidak ada permainan seperti yang terdapat di facebook.

Jika sekiranya anda pengguna akaun gmail, rakan yang sama menggunakan akaun gmail akan menjadi kengkawan secara automatik. Bagusnya anda boleh melihat post kengkawan dengan hanya login ke akaun gmail. Terdapat juga kemudahan lain dalam google buzz ni integrasi dengan picasa.

 

Seperti di Facebook, anda juga boleh sertakan gambar dalam setiap update malah boleh muatkan lebih daripada satu gambar.Selain daripada itu, jika anda hendak promosikan affiliate, letak saja link affiliate di ruang komen. Bolehlah bersembang-sembang sambil promosikan affiliate masing-masing..hehee.

Saya suka dengan Google Buzz ni sebab saya pengguna gmail. Login saja ke akaun gmail, saya sudah boleh melihat update kengkawan di google Buzz. Jika ada idea bolehlah sembang bersama. Bagi yang belum gmail tu cepat-cepatlah buka akaun gmail dan join Google Buzz.

Saya sebenarnya masih meneroka google buzz ni..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *