Idea dan cara buat duit di Mudah.My

Apabila memperkatakan idea bisnes menjual produk fizikal, ramai yang menyokong bahawa portal lelong.com.my dan ebay.com adalah platform yang terbaik. Kedua-dua portal ini popular mungkin kerana perkataan bid atau berkonsepkan bidaan. Selain daripada itu khidmat dropshipper yang memudahkan penghantaran produk yang terjual menjadikan portal ini menjadi pilihan usahawan untuk membuat duit.. Ini cuma pandangan peribadi sahaja.

Selain daripada ebay.com dan lelong.com.my, jangan abaikan mudah.my sebagai tempat membuat duit. Mudah,my sama dengan ebay atau lelong iaitu tempat menjual produk fizikal dan digital. Berniaga di mudah.my lebih mudah berbanding dengan di ebay atau di lelong.com.my. Mahu berniaga di ebay.com atau di lelong.com.my, seseorang itu mestilah berdaftar. Selain daripada itu,bayaran tertentu akan dikenakan jika mahu buka kedai. Jika ada aduan daripada pembeli, kemungkinan besar akaun akan di tutup oleh pemilik portal. Dari segi sudut lain, ini bagus untuk pembeli.

Di mudah.my, semuanya mudah dilakukan. Seseorang itu tidak perlu melakukan pendaftaran untuk memulakan perniagaan. Hanya dapatkan imej produk dan uploadkan berserta dengan keterangan produk yang hendak dijual. Jika serius berniaga di mudah.my, saya syorkan agar mendaftar agar anda dapat mengesan produk anda yang paling banyak klik. Jangan bimbang tentang yuran kerana di mudah.my semuanya percuma. Jadi jika tiada jualan pun masih tidak  rugi kecuali rugi dari segi kos bil elektrik dan masa. Apapun jika teknik yang digunakan betul, pasti akan mendapat jualan yang lebih menguntungkan.

Potensi membuat duit yang lebih baik di mudah.my sebenarnya sangat cerah. Jika dibandingkan dengan portal lelong.com.my, mudah.my sebenarnya lebih popular berbanding dengan portal lelong.com.my. Jika dilihat dari segi ranking top site di Malaysia, mudah.my berada dalam kedudukan ke 14 berbanding dengan lelong.com.my yang berada dalam kedudukan yang ke 49 [ rujukan ]. Ini membuktikan portal mudah.my sebenarnya sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Dari segi produk yang dijual, anda akan melihat segala jenis produk daripada produk bersaiz kecil hinggalah yang bersaiz besar. Sahabat saya pernah membeli rumah impiannya di portal mudah.my

Jika anda dapat melihat peluang buat duit di mudah.my lebih bagus daripada yang anda tahu sebelum ini, mulakan buat duit di mudah.my. Namun jadilah usahawan yang jujur agar portal mudah.my sentiasa diyakini oleh pembeli. Jika masih tertanya-tanya bagaimana cara memulakan atau teknik mendapatkan pembeli di mudah.my, baru-baru ini saudara Raja Kamil telah melancarkan panduan cara berniaga di mudah.myDownload panduan mudah.my di sini!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.