Hosting paling murah di Malaysia

Semakin ramai usahawan Malaysia lahir setiap masa. Tidak kira apa program buat duit yang dijalankan atau apa juga jenis bisnes yang dijalankan, setiap usahawan internet mempunyai sekurang-kurangnya blog sama ada blog percuma atau berbayar. Bagi usahawan yang mahu beralih ke blog berbayar atau pemilik blog berbayar yang mahu berpindah ke rumah yang lebih besar dengan sewa yang lebih berpatutan, lakukan survey sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan domain dan hosting. Ini penting bagi mengelakkan daripada rasa menyesal pada masa akan datang.

Kebanyakan domain dan hosting di Malaysia agak mahal harganya berbanding dengan hosting dari luar contohnya US. Saya tidak tahu mengapa ?, mungkin juga kerana mereka adalah pencipta perkakasan server menyebabkan hosting di luar negara jauh lebih murah. Sebab itulah kebanyakan usahawan memilih mendapatkan hosting dari luar. Sama ada mahu mendapatkan hosting tempatan atau dari luar bergantung kepada sasaran bisnes anda. Jika sekiranya blog atau bisnes di sasarkan kepada rakyat tempatan, apa salahnya mendapatkan hosting tempatan ? Pemilihan hosting tempatan lebih mudah melakukan komunikasi jika menghadapi sebarang masalah hosting..Namun jika bisnes anda disasarkan ke luar negara, anda wajib untuk mendapatkan hosting luar negara.

Kualiti server tempatan dan luar lebih kurang sama. Walaupun line di luar negara dalam 100 mbps tapi bila dah merentas benua, akan jadi lambat juga. Saya mengggunakan hosting tempatan di DataKL, buat masa ni tidak ada masalah lagi. Namun jika anda berhasrat mendapatkan domain lebih daripada satu untuk bisnes lain, jika mahu berjimat  saya cadangkan agar mendapatkan nama domain di namecheap kemudian pindahkan ke hosting anda.

Mungkin kerana harga murah, ramai usahawan memilih hosting luar negara. Seperti yang saya tulis awal-awal lagi,tajuk artikel ini, jika rajin survey anda juga akan menjumpai hosting yang murah di Malaysia jika harga yang menjadi pilihan untuk mendapatkan hosting. Jika anda semak senarai hosting di Malaysia Web Hosting, anda akan mendapat hosting yang murah serendah RM10 setahun untuk pakej 100 MB. Layari Malaysia Web Hosting untuk mendapatkan pakej hosting tempatan dan luar negara pada kadar yang sangat murah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *