DataKL.Com naik harga ?

dataklSaya baru perasan harga domain dan hosting tempat saya hostkan blog ini sudah meningkat. Tidak pasti bila
dan mengapa ia dinaik. Namun yang pasti harga domain dan web space sudah naik.

setahun lepas saya beli domain di datakl cuma RM35 sahaja untuk satu tahun. Kini harga tu sudah naik
kepada RM40 untuk setahun. Mungkin datakl melihat kepada harga domain yang ditawarkan oleh penyedia hosting lain juga menawarkan harga RM40 setahun. Harga hosting juga naik RM5. Pakej datamini pada asalnya cuma RM60 kini RM65 untuk satu tahun. Pakej yang saya ambil dataone mengalami kenaikan yang agak tinggi. Masa saya beli dulu, harganya cuma RM130 setahun, kini RM145 setahun.

Walaupun ada sedikit kenaikan tetapi saya masih sukakan datakl. Selama saya duduk bersama datakl ini rasanya belum pernah saya menghadapi masalah terutama benda yang paling saya tidak suka iaitu saverdown. Buka saya blog saya ini pasti boleh mencapainya. Apapun kenaikan harga ini tidak jauh beza dengan penyedia hosting yang lain. Malah ada penyedia hosting yang mengenakan bayaran yang lebih mahal daripada ini tapi mereka tetap menjadi pilihan kerana servisnya yang baik. Hendak dapatkan hosting yang paling murah jika selalu terkeluar perkataan ” Oops! This link appears broken” di browser uncle google tidak ada erti juga. Bagi usahawan internet, itu adalah satu kerugian yang sangat besar. Jika seseorang itu atau blogger orang tu buat duit dengan adsense, entah berapa klik sudah ia kerugian.

Kalau sudah jatuh hati berblog, harga bukan lagi ukuran apa lagi jika blog itu mampu membuat duit. Asalkan servis penyedia hosting adalah yang terbaik ia tetap pilihan dihati.Ini mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang mementingkan harga dan ada juga yang mementingkan kualiti. Tapi kalau kedua-duanya dapat dimiliki dalam masa yang sama lagi bagus. Murah + Kualiti = kepuasan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *