Cara bina autoblog amazon

Salam sejahtera kawan-kawan. Sekali lagi saya menulis berkaitan dengan amazon.com. Sebelum saya menulis lebih lanjut mengenai program affiliate amazon yang menguntungkan, saya harap anda sudahpun sudah membuka akaun sebagai affiliate di amazon.com. Jika belum, nanti selepas anda membaca post ringkas ini, bolehlah buka akaun affiliate dilaman web  amazon.com. Jangan melepaskan peluang keemasan menjana pendapatan sampingan di amazon lebih-lebih lagi barang keperluan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Sedikit panduan ringkas cara membina autoblog atau dalam kata lain blog yang diupdate secara automatik dengan produk-produk yang terdapat di amazon.com mengikut pilihan anda. Panduan ini sebenarnya sudah banyak diperkatakan oleh blogger lain tapi kali ini saya postkan mengikut pengalaman saya pula. Saya harap tutorial ringkas ini lebih mudah anda fahami dan ikuti.

Baiklah mari kita mulakan.

Pertama sekali anda mesti mempunyai akaun dengan amazon.com sebagai affiliate. Dalam post saya yang lepas, saya ada menerangkan secara ringkas cara-cara mendaftar atau buka akaun di amazon.com.

Sekarang katakan anda sudah mempunyai akaun sebagai affiliate amazon.com. Langkah seterusnya anda perlu mendapatkan domain mengikut nich anda dan menyewa  hosting. Setelah mendapatkan domain dan hosting, install perisian wordpress di hosting anda. Jika masih ragu-ragu cara install wordpress, boleh rujuk panduan bina blog sendiri. Setelah anda berjaya install wordpress di hosting anda, anda perlu mendapatkan plugin yang boleh menjadikan blog anda bekerja secara automatik.

Antara plugin yang popular ialah Wprobot, Wpzonbuilder, dan Associate Goliath. Ketiga-tiga plugin sedang saya gunakan dan WProbot merupakan plugin yang benar-benar bekerja secara automatik. Anda cuma perlu pilih keywords dan produk akan dipost diblog wordpress anda secara automatik. Walau bagaimanapun saya lebih suka dengan WPzonbuilder dan Associate Goliath sebab kita boleh memilih produk yang hendak postkan di blog. Jika sekiranya anda mempunyai banyak blog, saya lebih suka mencadangkan anda mendapatkan wprobot sebab selain auto post untuk amazon.com, plugin wprobot juga autoblog untuk clickbank, CJ dan banyak lagi. Nak tahu lanjut sila pergi ke wprobot.net.Harganya agak mahal tapi berbaloi untuk dimiliki. Saya bernasib baik sebab mendapat plugin ini daripada pemegang lesen developer untuk tiga domain sahaja.

Disini saya terangkan cara setting plugin Associate Goliath sebab saya lebih suka dengan plugin ni tambahan pula saya pemegang lesen developer plugin ni yang membolehkan saya memasang plugin ni di blog klien saya kata George Katsoudas. Install plugin Associate Goliath di blog anda dan aktifkan. Setting plugin Associate Goliath dimana anda perlu isikan ID amazon anda,Amazon Key ID, dan Secret Access Key di bahagian option. Ini penting agar plugin dapat beroperasi dengan lancar dan anda tidak terlepas daripada menerima komisyen.

 

autoblog amazon

Untuk melakukan autopost produk amazon, klik bahagian Admin Associate Goliath plugin. Tetapkan berapa jumlah post yang anda kehendaki dalam masa seminggu. Setelah anda menetapkan bilangan post dalam masa seminggu, seterusnya cari produk yang handak anda post di bahagian Product Search. Ada dua cara untuk mendapatkan produk yang hendak dipost iaitu mencari produk berdasarkan keywords dan berdasarkan nombor ASIN yang anda perolehi di amazon.com. Jika sekiranya anda melakukan autopost berdasarkan keywords, hanya tulis keywords dan klik Schedule New Posts. Produk akan dipost mengikut jadual yang ditetapkan secara automatik. Setelah kesemua post berjadual di publish, ulangi mencari produk dan klik Schedule New Post.

Kini autoblog amazon anda sudahpun beroperasi. Anda hanya lakukan proses seterusnya iaitu menaikkan traffik ke blog anda. Anda akan menjana pendapatan pasif setiap bulan dalam mata wang USD jika sekiranya blog anda mendapat traffik yang bagus. Bagi mendapatkan traffik yang bagus, anda perlu berkorban mengeluarkan sedikit kos iaitu serendah UDS5 bagi mendapatkan perkhidmatan menaikkan traffik keblog anda. Perkhidmatan ini banyak ditawarkan di Fiverr. Sekian untuk kali ini semoga panduan ringkas ini memberi manfaat kepada anda, jika anda berminat untuk mendapatkan plugin Goliath sila hubungi saya atau dapatkan Plugin Associate Goliath .

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.