Buat duit tanpa modal dengan Involve Asia

Bagi yang belum mengetahui tentang program affiliate di Involve Asia, saya sarankan untuk mengambil sedikit masa untuk membaca artikel ringkas ini tentang program affiliate Involve Asia. Saya sebenarnya baru sahaja menyertai program affiliate Involve Asia setelah mengetahui program affiliate ini. Saya mengetahui program ini pun melalui artikel yang dimuat naik di blog usahawan internet. Saya tertarik menyertai program affiliate Involve Asia walaupun pada masa itu saya sedang mempromosi produk-produk Lazada Malaysia melalui program affiliate yang ditawarkan oleh Lazada yang dihostkan di hasoffer.

Apa yang membuatkan saya tertarik menyertai program affiliate Involve Asia?

Jika ada yang mengatakan menjana pendapatan dengan Involve Asia lebih mudah, itu saya kurang setuju kerana susah senang seseorang menjana pendapatan melalui program affiliate bergantung kepada usaha. Sebelum ini pun sudah 4 kali saya menerima pembayaran komisyen daripada Lazada Group.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan saya menyertai program affiliate Involve Asia. Sebelum itu apa sebenarnya Involve Asia ini? Untuk makluman anda, ia merupakan ecommerce yang dilengkapi dengan sistem affiliate yang membolehkan sesiapa sahaja yang mahu menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate dapat menyertainya. Sebaik sahaja anda menyartai keluarga Involve Asia, anda akan mengakses berpuluh merchant yang bersedia untuk dipromosi seterusnya menjana pendapatan melaluinya.

Program affiliate Involve Asia adalah percuma. Seperti biasa anda akan dikehendaki mengisi maklumat yang disediakan selengkapnya. Selepas anda melengkapkan dan menghantar borang penyertaan, anda kena tunggu beberapa hari untuk mendapat kelulusan daripada Involve Asia. Saya tidak pasti sama ada terdapat kes permohonan penyertaan program affiliate yang ditolak oleh Involve Asia.

Di Involve Asia, ada terdapat banyak merchant yang bersedia untuk dipromosikan. Merchant ini terdiri daripada produk kecantikan, produk fashion, perkhidmatan, dan sebagainya. Merchant pula bukan hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Antara merchant yang menyertai Involve Asia ialah Lazada Group antaranya Lazada Malaysia,  Zalora, Reebonz, Tudung2u, Qoo10, F.O.S dan banyak lagi.

Trivago merupakan enjin pencari hotel yang dikenali ramai melalui iklan di TV juga turut sama menyertai Involve Asia. Selain enjin pencari hotel ini, pencari penerbangan seperti Airpaz dan Malaysia Airlines juga turut menyertai Involve Asia. Sebenarnya terdapat banyak merchant yang turut bergabung dengan Involve Asia. Selain mempromosi hotel dan tiket penerbangan, anda juga boleh mempromosi tiket bus secara online.

Bilangan merchant yang banyak menyertai Involve Asia merupakan peluang keemasan kepada sesiapa sahaja yang menyertai program affiliate Involve Asia. Terpulang kepada individu bagaiman dia memanfaatkan program yang disertainya.

Dari segi tools promosi pula, terdapat banyak tools yang disediakan oleh Involve Asia yang boleh digunakan untuk tujuan promosi. Terdapat juga tools yang disediakan yang membolehkan keywords tertentu yang anda tulis di blog anda akan di linkkan terus ke merchant secara automatik. Ini dapat menjimatkan masa anda untuk membuat link demi link bagi setiap keywords.

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Semoga artikel ringkas ini dapat menjelaskan kepada anda bagaimana Involve Asia ini dapat membantu menjana pendapatan tanpa modal. Sekiranya anda berminat untuk menyertai program affiliate, anda boleh saja melakukannya dengan melayari laman web Involve Asia.

error: Content is protected !!
Scroll to Top