Buat duit dengan amazon.com

amazon.com affiliateRasanya belum terlambat saya mengucapkan selamat tahun baru 2012. Ehhh.. semoga segala usaha sepanjang tahun lepas membuahkan hasil yang membanggakan.  Semoga pada tahun ini lebih banyak membawa kejayaan dan perubahan dalam hidup anda semua terutama sekali dalam perniagaan internet.

Balik kepada tajuk artikel ni, rasanya semua tahu tentang amazon.com tetapi mungkin tidak ramai dikalangan kita ni yang berjaya buat duit dengan amazon.com sebagai affiliates atau pengiklan produk yang terdapat di amazon.com.  Dalam penglibatan awal saya dengan program amazon ni, saya tidak pernah buat sales. Jangankan sales, klik iklan pun tidak ada. Bermacam-macam cara sudah saya buat seperti yang diajar oleh para blogger yang menulis tips-tips buat duit di amazon.com. Namun semuanya GAGAL buat sales. Seperkara yang saya terlupa iaitu beli dan buat duit.

Akhirnya penantian saya berakhir. Bermula bulan Oktober 2011, saya  berjaya buat sales di amazon.com dan jumlah sales bertambah setiap bulan. Sehingga saya menulis post ni, saya masih berjaya buat sales di amazon.com. Walaupun sales sedikit sahaja tetapi ia cukup bermakna buat saya kerana saya tidak mengeluarkan duit untuk kempen promosi produk-produk amazon. Tambahan pula sejak buka akaun dengan amazon pada 2008, saya hanya berjaya buat sales berterusan pada bulan Oktober 2011, satu penantian yang  menyakitkan.

 

Bagaimana saya melakukannya? sebenarnya tidak ada rahsia saya buat duit di amazon.com, sebab itulah saya baru sahaja berjaya buat sales di amazon.com. Seperti yang saya katakan di awal cerita, satu-satunya perkara yang saya tidak pernah buat ialah Beli dan Buat Duit. Sebab itulah saya melakukan sedikit pelaburan dengan mengeluarkan sedikit wang untuk mengupah seseorang untuk setup salah satu blog saya yang dilinkkan dengan produk-produk yang terdapat di amazon.com dan juga kos domain dan hosting di internet-webhosting.com. Hasilnya saya menjana pendapatan secara autopilot yang memberikan saya keuntungan walaupun tidak bekerja untuk blog saya.

Jika anda mahu menjana pendapatan secara berterusan di amazon.com, anda harus mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan domain dan hosting, dan juga tools-tools yang berkaitan dengan amazon.com. Bagi yang belum mengetahui cara menyertai program affiliate di amazon.com, saya akan menjelaskannya pada post akan datang. Anggap sahaja post ini sebagai pembakar semangat anda untuk buat duit dengan amazon.com dan di internet.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.