Buat duit $100/sehari dengan adsense for domain ?

Salam sejahtera semua kepada pengunjung blog ini. Terima kasih kerana sampai ke blog ni. Apa yang saya harapkan, semoga panduan saya pada kali ini sedik sebanyak dapat membantu anda. Artikel saya sebelum ni ada menerangkan bagaimana melakukan setup adsense for domain di co.cc iaitu hosting penyedia domain percuma. Semoga anda sudah berjaya melakukan setting adsense for domain di co.cc.

Jika anda benar-benar mahu buat duit adsense for domain, saya tidak menggalakkan anda gunakan domain percuma seperti co.cc. Dapatkan domain berbayar hari ini untuk menjana pendapatan yang lebih baik berbanding dengan domain percuma. Kali ni saya akan tunjukkan cara mudah melakukan setup adsense for domain untuk domain berbayar dan bukannya mengajar bagaimana buat duit $100 sehari. Itu sebenarnya ayat-ayat skim cepat kaya yang sepatutnya anda tidak perlu percaya.

Lupakan $100 sehari, fikirkan bagaimana menambah pendapatan dengan adsense for domain. Mari kita mulakan langkah demi langkah melakukan setup adsense for domain di domain berbayar. Saya telah memilih Namecheap.com sebagai tapak saya melakukan setting adsense for domain. Anda boleh dapatkan domain dot com di Namecheap.com serendah RM36 setahun. Agak murah jika dibandingkan dengan domain yang dijual oleh penyedia hosting tempatan.

Berikut adalah cara mudah setup adsense for domain di Namecheap.com.

Login ke akaun adsense anda..

  • Klik adsense setup
  • Klik adsense for domain
  • Klik add new adsense
  • Masukkan domain anda dalam petak yang disediakan. Untuk pilihan bahasa, pilih bahasa Inggeris kemudian simpan. Anda akan dibawa ke halaman baru dan pastikan anda tidak menutup halaman tersebut.

Login ke akaun anda di Namecheap.com. Jika belum ada akaun, sila buka dahulu di Namecheap.com.

  • Klik manage domain
  • Klik nama domain yang anda hendak setting
  • Di sebelah kiri bahagian Host Management, klik All Host Records
  • Anda akan melihat Host Name, IP Address, dan Record Type
  • Di petak pertama yang ada tertulis nama domain anda, ganti dengan IP pertama yang anda boleh perolehi di akaun adsense anda. Di bahagian Record Type isikan dengan A ( address ).
  • Petak kedua atau yang sebaris dengan www, isikan dengan pub-XXXXXXX.afd.ghs.google.com ( xx tu nombor pun adsense anda ), di bahagian Record Type pilih CNAME ( alias )

Petak di bahagian bawah adalah tempat anda mengisi rekod IP addres seterusnya.

  • Petak pertama isikan dengan IP kedua yang anda boleh perolehi di akaun adsense anda
  • Petak kedua isikan dengan IP ketiga
  • Petak ketiga iskian dengan IP keempat
  • Column kedua biarkan kosong
  • Column ketiga pilih A (address )

Kemudian Save…. selesai. Anda boleh lihat contoh yang saya buat di sini. Semoga berjaya.

Jika sekiranya anda mahu panduan yang lengkap cara setting adsense for domain yang lengkap, anda boleh dapatkannya di panduanafd.com. Selain daripada diajar cara melakukan setting adsense for domain, anda juga akan ditunjukkan cara bagaimana mendapatkan domain berbayar serendah RM4 setahun. Anda juga bakal mempelajari tentang park domain dan jual domain yang lebih menguntungkan. Lihat contoh park domain di sini. Ini sudah tentu sesuatu yang sungguh menarik kerana anda bakal mengetahui bagaimana cara mempelbagaikan sumber pendapatan pasif di internet. Untuk mendapatkan semua pakej ini sila dapatkan di panduanafd.com.

 

Update :

Panduan AFD sudah ditamatkan penjualannya buat selama-lamanya. Adsense juga akan sudah menamatkan Adsense For Domain bermakna Adsense For Domain tidak releven lagi untuk buat duit dengan adsense. Walau bagaimanapun peluang buat duit dengan adsense masih terbuka luas untuk semua. Dapatkan Tutorial Adsense yang banyak membantu para penggiat adsense menjana pendapatan secara autopilot.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.