Bina blog dengan wordpress

WordPress adalah salah satu daripada banyak pilihan yang tersedia untuk blogger yang mencari perisian yang sangat mudah untuk dikendali membina blog sendiri. Artikel ini sebenarnya sudah banyak ditulis oleh blogger yang membincangkan kelebihan wordpress. Sekadar menulis pengalaman sendiri sebagai pengguna wordpress, saya cuba menerangkan mengapa mesti memilih wordpress..

Mengapa pilih wordpress

Blogger sudah tentu mempunyai alasan yang berbeza mengapa ia memilih blogspot ataupun wordpress bagi memulakan membina blog sendiri. Jika sekiranya sekarang ini anda menggunakan tapak lain membina blog seperti blogspot, anda perlu mengetahui beberapa ciri-ciri yang ada pada wordpress. Blog wordpress sangat mudah kerana segala-galanya sudah tersedia daripada template sehinggalah kepada sokongan lain seperti plugin, cuma pilih sahaja yang berkenan di hati. Plugin ini adalah seperti mekup yang boleh mencantikkan lagi paparan blog. Mungkin sebab itulah ada yang berpendapat blog wordpress hanya sesuai bagi yang baru dalam dunia blog kerana dalam wordpress, semuanya sudah tersedia. WordPress lebih lengkap dengan widget yang mudah digunakan. Terdapat juga widget yang tidak ada pada tapak blog lain seperti widget anti spam. Dalam wordpress, setiap artikel yang di publish mempunyai ruang komen kecuali ruang komen itu ditutup. Daripada ruang komen tersebut, admin boleh berinteraksi dengan pembaca artikelnya. Ruang komen di blog seperti blogspot juga ada tetapi tidak sehebat dengan wordpress. Selain daripada itu blog wordpress juga lebih mesra pengguna disamping mempunyai aplikasi auto ping.  Ini adalah sedikit maklumat  daripada banyak kehebatan blog wordpress.

Mulakan membina blog wordpress sama ada percuma atau yang berbayar. Kedua-duanya mempunyai aplikasi yang sama kecuali dari segi ciri-cirinya. Kemudahan themes dan plugin di wordpress percuma adalah terhad berbanding dengan menggunakan yang berbayar. Jika anda mempunyai kelebihan kewangan, anda boleh dapatkan blog wordpress berbayar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *