Bagaimana Peel Away Ads dapat meningkatkan jualan?

peel away adsPeel Away Ads merupakan senjata rahsia ramai affiliate marketer tersohor dunia. Mereka mempunyainya, menggunakannya dan secara terang-terangan berada di blog utama mereka.

Tetapi, yang peliknya, mereka tidak bercakap mengenainya.Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka… seperti ada yang menyebabkan mereka “malu” untuk bercakap mengenainya.

Apakah perkara tersebut? Ianya ibarat pedang yang dapat menjadikan ramai pembaca kepada pembeli… dan pembeli kepada klien untuk selama-lamanya.

Anda boleh lihat di laman blog John Chow. Dia menggunakannya tetapi setahu saya dia tidak pernah lagi bercakap mengenainya. Dia pernah bercakap tentang Ultimate Footer Ads, tetapi untuk Peel Away… tidak pernah sama sekali.

Jika pernah pun, dia melakukannya senyap-senyap supaya tidak ramai yang akan menggunakannya seperti dia. Mestilah, dia tahu bahawa jika terlalu ramai berkata tentangnya, kekuasaan iklan tersebut pastinya hilang dan dia tidak mahu perkara itu berlaku. Betul-betul rahsia.

Sebab itulah iklan tersebut sentiasa terpampang dengan megah di sebelah kanan blog beliau tanpa beliau berkara banyak (atau berlagak) mengenai iklan yang menarik di sebelah kanan atas blog beliau.

Zul dari SmartUsaha juga melaporkan bahawa Peel Away Ads telah, secara magiknya… meningkatkan conversion rate surat jualan beliau. Daripada 1% kepada 2%, sekali ganda peningkatan dengan hanya menggunakan Peel Away Ads sebagai penarik utama.

Menarik? Bagaimana pula anda? Dengan hanya tiga langkah mudah anda boleh mendapatkannya bekerja 24 jam sehari untuk anda. Satu, bayar. Dua, isi borang. Tiga, tunggu hasilnya di emel anda.

Blog ini juga menggunakannya. Biar saya katakan, ianya seperti magik yang mampu menarik orang yang paling skeptik pun membeli. Adakah anda mahu ketinggalan… atau adakah anda tahu sesuatu yang dapat melakukan silap mata seperti Peel Away Ads?

Jadikan Peel Away Ads sebagai senjata mempromosikan produk atau link affiliate anda kerana ianya memang berbaloi. Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, dapatkan peel away ads atau jika malas pasang sendiri layari VirtualNiaga.Com untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Update : 24/11/2012

Saya telah mendapati perkhidmatan memasang peel away ads oleh oleh VirtualNiaga.Com tidak lagi tersenarai dalam perkhidmatannya. Anda tentu berasa kecewa jika anda masih memerlukan perkhidmatan pemasangan Peel Away Ads. Berita baik untuk anda, jika sekiranya anda memasang Peel Away Ads atau Peel Corner di blog wordpress anda, anda boleh mendapatkan plugin Wp Peel Corner sama ada yang berbayar atau yang percuma. Bagi yang WordPress Peel Corner Plugin, anda boleh mendapatkannya dengan percuma di sini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *