Bagaimana menyertai affiliate di amazon.com

buat duitTerima kasih sekali lagi kerana berkunjung ke blog ini. Post ringkas daripada kitblogmas kali ini adalah penerangan bagaimana menyertai affiliate di amazon.com. Post ini adalah sebagai memenuhi janji saya  post sebelum ini.

Jika sekiranya anda berminat untuk buat duit dengan amazon.com melalui program affiliate, pertama sekali anda kena buka akaun secara percuma sahaja.  Pergi ke amazon.com kemudian cari paparan  make money with us dan klik pautan become an affiliate. Sebaik anda klik pautan become an affiliate, anda akan dibawa ke halaman baru. Di halaman ini anda boleh mendaftar affiliate amazon di Join Now For Free. Oleh kerana anda baru memohon buka akaun amazon.com jadi pilih saja I am a new customer.

Sebaik sahaja anda mendaftar masuk ke akaun amazon.com anda, anda akan diminta memasukkan maklumat yang diminta. Ini termasuklah alamat pembayaran komisyen dan laman web dimana anda mempromosikan produk anazon. Masukkan maklumat blog utama anda. Setelah permohonan anda diluluskan, anda  boleh mempromosikan produk amazon di blog lain anda jika anda mempunyai lebih daripada satu blog.

Tahniah, jangan risau permohonan  anda akan diterima sebagai affiliate amazon.com. Kini anda  sudah mula bersedia buat duit dengan amzon.com.  Untuk mendapatkan komisyen yang lebih baik, saya cadangkan jangan amalkan main hentam seperti yang pernah saya lakukan pada suatu ketika dahulu..jika anda serius buat duit dengan amazon.com, jangan kedekut keluarkan sedikit modal untuk beli hosting,domain,tools dan ilmu daripada usahawan amazon.com..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *