Ashadee.Com ditutup

Ketika hendak mengemaskini link di blog ini, saya dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan link affiliate Ashadee kerana banner yang saya muat naik semua tidak aktif.

Kunjungan ke website Ashadee ,merupakan sesuatu yang mengejutkan saya. Nyata sekali Ashadee dalam proses menutup perkhidmatannya sebagai platform program affiliate yang saya gemari. Sedikit kecewa apabila membaca pengumuman penutupan Ashadee. Walaupun saya bukan hero dalam menjana pendapatan melalui program affiliate tetapi saya banyak mendapat manfaat dengan menyertai keluarga Ashadee.Com.

Saya percaya ramai blogger Malaysia berasa kecewa dengan penutupan Ashadee terutama sekali usahawan yang berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui Ashadee.

Ashadee yang dahulunya dikenali sebagai jomniaga sememangnya banyak memberi manfaat kepada blogger tempatan yang dapat menambah pendapatan sampingan melalui program affiliate. Begitu juga dengan usahawan yang menjual pelbagai jenis produk digital melalui Ashadee.

Bulan Mac ini Ashadee akan ditutup sepenuhnya. Kini masanya para blogger mengedit post masing-masing iaitu proses membuang link affiliate Ashadee yang sudah tidak bermakna lagi. Bagi saya ia sedikit menyusahkan tetapi perlu dilakukan agar blog sentiasa menjana pendapatan sampingan.

Apabila pengumuman Ashadee dibuat, saya perlu mencari alternatif Ashadee. Sebagai blogger yang pernah menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate di Ashadee, saya perlu mencari alternatif Ashadee agar blog ini memberi sedikit income buat saya. Buat masa ini satu-satunya alternatif Ashadee yang saya kenalpasti ialah klikjer.com. Saya sebenarnya sudah lama menyertai klikjer.com tetapi mengabaikannya selepas jomniaga diperkenalkan. Oleh kerana Ashadee ditutup maka saya akan kembali kepada klikjer.com.

Semoga suatu hari nanti atau dalam masa terdekat ini akan ada usahawan internet Malaysia yang akan membina platform program seperti jomniaga supaya usahawan digital online tempatan akan terus berkembang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *